Taklimat bakal graduan PB 14 Sept ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Politeknik Brunei (PB) akan mengadakan taklimat bagi bakal-bakal graduan sebagai persediaan Majlis Konvokesyen PB ke-5 yang bakal diadakan pada Oktober depan.

Sehubungan dengan itu, Politeknik Brunei menjemput bakal graduan yang akan
menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesyen itu nanti supaya hadir ke sesi taklimat tersebut yang akan diadakan pada 14 September ini jam 1:30 petang di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, Jalan Tungku, Gadong.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Politeknik Brunei di alamat http://www.pb.edu.bn.