Tuesday, December 3, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat bentang perkembangan terkini PGGMB

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Dengan matlamat memberikan kefahaman mengenai situasi dan perkembangan terkini Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), seramai 50 orang guru telah menghadiri sesi taklimat yang diadakan di Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM), Mentiri, baru-baru ini.

    Sesi taklimat berkenaan dihadiri oleh Yang Dipertua PGGMB, Haji Abdul Alim bin Haji Othman; Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri; Setiausaha Kewangan PGGMB, Haji Juned bin Haji Ramli; Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri) PGGMB, Haji Yahya bin Haji Mirasan; Pengetua SMPDSM, Malai Haji Shah Eran bin Syed Haji Yusof; serta guru-guru kanan dan guru-guru sekolah berkenaan.

    Dalam taklimat yang disampaikan oleh Haji Mustapa, beliau menerangkan secara terperinci sejarah penubuhan PGGMB, pengurusan dan pentadbiran PGGMB, kemajuan PGGMB, syarat-syarat keahlian, faedah menjadi ahli selain mempelawa guru-guru menjadi ahli PGGMB sebagai generasi penyumbang kelangsungan PGGMB pada masa akan datang.

    Pada sesi berkenaan, Haji Abdul Alim menjawab beberapa soalan dan kemusykilan guru-guru yang menghadiri sesi berkenaan.

    Sesi taklimat itu dihasratkan untuk menarik minat para guru menjadi ahli persekutuan berkenaan serta mencari bakal-bakal pemimpin pelapis yang akan menerajui pucuk kepimpinan PGGMB.

    Haji Abdul Alim bergambar ramai bersama pengetua dan guru-guru SMPDSM yang menghadiri sesi taklimat baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda