Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Taklimat beriga skim persaraan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Untuk mengukuhkan lagi kesejahteraan sosial para ahli TAP semasa bersara dengan mengambil kira pelbagai faktor dan cabaran-cabaran yang dihadapi, Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini meneruskan lagi pemberigaan Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) melalui sesi taklimat yang dihadiri oleh 513 orang pegawai dan kakitangan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Kesihatan.

    Taklimat berkenaan menerangkan mengenai penggunaan kaedah kadar penggantian pendapatan untuk memberikan pendapatan persaraan yang lebih baik kepada setiap golongan terutama sekali yang berpendapatan rendah, pembayaran anuiti atau bulanan dipanjangkan sehingga sepanjang hayat bagi menangani kadar umur yang kian meningkat, jenis pengeluaran SPK yang lebih fleksibel dan membolehkan pengeluaran bagi kegunaan ahli sebelum bersara, kebajikan tanggungan menerusi perlindungan bagi tanggungan lebih diperluaskan bukan sahaja sebelum bersara tetapi juga selepas bersara. 

    SPK ini merupakan skim yang lebih inklusif, di mana ia bukan sahaja terhad kepada para pekerja di sektor formal, malah juga dibukakan kepada para ahli yang bekerja di sektor tidak formal atau mereka yang bekerja sendiri untuk mempunyai simpanan persaraan.

    Selain daripada taklimat, peserta juga diberikan peluang untuk memberikan maklum balas mengenai SPK semasa sesi aktiviti untuk meningkatkan lagi kefahaman peserta mengenai SPK. 

    Sesi pemberigaan SPK telah bermula semenjak bulan Mei 2022 lalu yang telah merangkumi kesemua kementerian dan disertai lebih daripada 5,400 orang pegawai dan kakitangan di sektor kerajaan.

    Pemberigaan SPK akan diteruskan sepanjang tahun ini dan dijadualkan secara berperingkat ke sektor swasta, sektor informal dan juga majikan-majikan. 

    Maklumat mengenai SPK juga boleh didapati melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn untuk membantu orang ramai dan majikan dalam membuat persediaan awal berkenaan perubahan SKIM sebelum pelaksanaan SPK nanti. 

    Sehubungan itu, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn bagi sebarang pertanyaan mengenai SPK. 

    Antara yang menghadiri taklimat skim persaraan yang diadakan baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...