Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Taklimat bincang peruntukan undang-undang jenayah Syariah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Buat julung kalinya, Bahagian Pendakwaan Syarie, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pagi tadi mengadakan satu sesi taklimat berhubung peruntukan-peruntukan di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 secara maya.

    Taklimat mengenainya telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Pendakwa Syarie, Hajah Hadiyati binti Haji Abdul Hadi dan disertai oleh wakil-wakil dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri, dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

    Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kerjasama di antara Bahagian Pendakwaan Syarie dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di Negara Brunei Darussalam serta menjelaskan dan mengongsikan keperluan pembuktian yang diperlukan bagi kesalahan-kesalahan dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

    Selain itu, ia juga memberi peluang kepada agensi-agensi terlibat untuk bertukar-tukar maklumat bersama Bahagian Pendakwaan Syarie dalam memastikan kesempurnaan dan kecekapan penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang tersebut. Meskipun Negara Brunei Darussalam telah memasuki Fasa Endemik bermula hari ini, taklimat tersebut telah pun diadakan secara dalam talian sebagai salah satu usaha mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam sesi taklimat yang dianjurkan. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -