Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Taklimat dedah bahaya kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Seramai 569 orang warga sekolah terdiri daripada murid, guru-guru dan kakitangan Sekolah Ugama Beribi, Telanai telah mendengarkan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan serta Praktikal Alat Pemadam Api baru-baru ini.

    Ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran me-ngenai bahaya kebakaran, memupuk rasa bertanggungjawab serta menerapkan ilmu pengetahuan mengenai aspek keselamatan kebakaran.

    Taklimat berkenaan dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), yang dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga Sekolah Ugama Beribi serta memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai aspek-aspek keselamatan kebakaran.

    Turut hadir semasa taklimat berkenaan ialah Guru Besar Sekolah Ugama Beribi, Dayang Maladiah binti Liman dan Haji Harun bin Haji Zakaria.

    Latihan pengosongan bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur dan bersistematik.

    JBP menyatakan bahawa jabatan berkenaan ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba, dan Life Saver 995 bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul menggunakan alat pemadam api.

    Jika berlaku kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Antara warga Sekolah Ugama Beribi, Telanai yang menyertai taklimat keselamatan baru-baru ini. – Gambar serahan JBP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...