Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Taklimat dorong graduan ceburi bidang keusahawanan

    Oleh Nurdiyanah R.

    Bagi memeriahkan hari terakhir Karnival Kerjaya Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) 2022 bersempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-12, UNISSA, dua taklimat kerjaya telah diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan UNISSA, taklimat pada sesi pagi berjudul ‘Aspirasi Usahawan Agro Muda’ yang diadakan di Dewan Musyawarah, ICC itu telah disampaikan oleh pengasas bersama Agrometro Private Company, Dayang Norisa Azuma binti Mohammad Norazmi; dan pengasas bersama Syarikat Akmal Asmaan Agro Farm, Awang Mohamad Akmal Asmaan bin Haji Asmali dengan dipengerusikan oleh Penolong Pensyarah, Fakulti Pertanian, UNISSA, Awang Muhammad Khairul Hidayatullah bin Haji Basir. Taklimat berkenaan dihadiri oleh seramai 126 orang peserta yang sememangnya bertujuan untuk membantu meningkatkan minat dan motivasi graduan dan pelajar dalam menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

    Di samping itu, taklimat berkenaan juga sekali gus memperkenalkan dua buah perusahaan tempatan tersebut dengan memuatkan perkongsian motivasi mereka dalam memulakan perniagaan dalam bidang pertanian.

    Sementara itu, pada sebelah petang pula, taklimat bertajuk ‘Perkongisan bersama Alumni’ telah disampaikan oleh empat orang alumni UNISSA yang terdiri daripada Pegawai Kanan Khidmat Nasihat Rumahtangga, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Mohammad Dini bin Haji Morsidi; Penasihat Undang-undang dan Pegawai Pendakwa Raya, Pejabat Peguam Negara, Dayang Sabrina binti Haji Mahmud; pengasas bersama Bersih Solution, Awang Khairul Hazmi bin Haji Munir; dan pengasas bersama Wings & Drumettes, Dayang Nur Hakimah binti Madali. Taklimat dipengerusikan oleh Dayang Nur Faizah binti Mohamad Khairol Azmi, selaku salah seorang mahasiswi Tahun 4, Fakulti Syariah dan Undang-undang, UNISSA. Dengan penglibatan seramai 80 peserta, taklimat berkenaan bertujuan untuk memberikan dorongan dan semangat kepada mahasiswa dan mahasiswi serta alumni UNISSA dalam menghadapi cabaran setelah menamatkan pengajian di peringkat universiti, terutama cabaran dalam mencari pekerjaan dan memulakan perniagaan.

    (Dari Kiri) Dayang Nur Faizah, Awang Mohammad Dini, Dayang Sabrina, Awang Khairul Hazmi dan Dayang Nur Hakimah semasa taklimat ‘Perkongisan bersama Alumni’. – Gambar serahan UNISSA
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...