Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat Kenegaraan kukuh semangat solidariti

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Seramai 201 orang penuntut Tahun 7 Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Katok telah menghadiri Program Taklimat Kenegaraan di Auditorium 1 sekolah berkenaan, hari ini.

    Program yang diadakan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik itu merupakan salah satu usaha berterusan jabatan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

    Ia juga dihasratkan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Turut hadir ialah Guru Kanan Kokurikulum, Haji Shahnon bin Haji Ahmad, dan para tenaga pengajar sekolah tersebut.

    Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik selaku Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris yang antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna dan bersih, tidak koyak dan pudar warnanya dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

    Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video animasi Tatacara Menaikkan Bendera Negara.

    Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

    Salah seorang penuntut menyertai kuiz yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Haji Shahnon, Hajah Noorhijrah dan para penuntut bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda