Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Taklimat kenegaraan semai rasa cinta terhadap negara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Seramai 90 orang penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah St George telah menghadiri Program Taklimat Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, hari ini.

    Taklimat yang diadakan dewan sekolah berkenaan itu merupakan salah satu program berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. Selain itu, ia dihasratkan dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Turut hadir pada program berkenaan Timbalan Pengetua sekolah, N M Mubarak dan tenaga pengajar sekolah berkenaan.

    Taklimat ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, selaku ketua Unit Kenegaraan.

    Antara lain isi kandungan taklimat berkenaan menyentuh mengenai raja, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan.

    Dalam program tersebut, penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video ‘Kibarkanlah dengan Megah Bendera Negara’, ‘Semarak Pengibaran Bendera Negara’ dan video animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera Negara’.

    Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang dikendalikan.

    Hajah Noorhijrah semasa menyampaikan taklimat kepada penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah St George, kelmarin.- Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...