Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Taklimat kenegaraan semai rasa cinta

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Dalam usaha berterusannya untuk menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan bagi Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains), baru-baru ini.

    Program yang diadakan di auditorium maktab berkenaan telah dihadiri oleh seramai 153 orang penuntut. Turut hadir ialah guru-guru kanan dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

    Taklimat ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ telah disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan di Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Dayang Zurairah binti Haji Lisa yang antara lain menyentuh mengenai raja, tatacara menaik kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Allah Peliharakan Sultan.

    Para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan dan menerima hadiah-hadiah sumbangan daripada Jabatan Penerangan.

    Program taklimat itu juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Dayang Zurairah semasa menerima cenderahati.
    Para pelajar mengambil bahagian semasa taklimat berkenaan.
    Sesi bergambar ramai semasa taklimat berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...