Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Taklimat kenegaraan semai semangat patriotik

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Sebagai salah satu usaha berterusan bagi menyemai kecintaan anak bangsa terhadap raja, agama, bangsa dan negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik telah meneruskan Program Taklimat Kenegaraan bagi Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong (SMMHT), baru-baru ini.

Taklimat ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ yang berlangsung di Dewan Jubli sekolah berkenaan telah dihadiri oleh seramai 119 orang penuntut.

Turut hadir ialah Pengetua SMMHT, Awang Radiman bin Haji Idris serta tenaga pengajar sekolah tersebut.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris yang antara lain menyentuh mengenai raja, tatacara menaik kibarkan bendera negara iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna, bersih, tidak koyak dan pudar warnanya dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai kuiz kenegaraan dan menerima hadiah-hadiah sumbangan Jabatan Penerangan yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran SMMHT, Dayang Dina Safawanah binti Mohd Murat.

Dengan adanya program sedemikian, ia juga dihasratkan bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut dan warga sekolah secara keseluruhannya.

Salah seorang pelajar menjawab kuiz yang turut diadakan di akhir taklimat. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
Hajah Noorhijrah semasa menyampaikan sesi taklimat kenegaraan kepada para penuntut SMMHT.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -