Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Taklimat kerjaya tingkat motivasi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Ekspo Kerjaya UNISSA telah meneruskan lagi taklimat kerjaya sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-12, UNISSA yang diadakan di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, kelmarin.

    Taklimat bertajuk Success Coaching – Find Your Why telah disampaikan oleh Pngurus Empowerior dan Presiden Persatuan Kaunseling Brunei (PERKAB), Mejar (B) Rusli
    bin Bujang yang antara lain menyentuh mengenai maksud WHY terhadap setiap tindakan yang dilakukan. 

    Turut dikongsikan adalah tindakan yang memberikan inspirasi kejayaan seperti sentiasa gembira dan bersyukur dengan apa yang ada. Di samping itu, pendekatan baharu dalam persediaan memohon pekerjaan juga perlu dilakukan pelajar agar mudah untuk diterima oleh pihak majikan.

    Taklimat ini merupakan salah satu inisiatif UNISSA yang bertujuan untuk membantu
    meningkatkan motivasi pelajar dalam usaha memilih kerjaya yang bersesuaian kelak.

    Selain itu ia juga dihasratkan akan dapat membantu pelajar mengatur hala tuju kehidupan
    mereka.

    Antara yang hadir mendengarkan taklimat kerjaya yang diadakan sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-12 UNISSA di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Pada sebelah petang pula, satu taklimat kerjaya bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut diadakan di mana empat orang anggota ABDB telah mengongsikan maklumat-maklumat kerjaya.

    Pegawai-pegawai berkenaan telah memberikan penjelasan mengenai kelayakan dan kriteria yang diperlukan bagi menyertai ABDB. Di samping itu, turut dikongsikan ialah proses pengambilan rekrut dan pegawai tentera ABDB, ujian temu bual, proses latihan dan proses penjawatan.

    Selain itu, anggota ABDB  yang dijemput turut mengongsikan struktur organisasi unit masing-masing, peranan dan tanggungjawab dan kemahiran yang boleh diperolehi jika menyertai unit-unit berkenaan.

    Turut hadir dalam taklimat kerjaya ABDB ialah seramai 61 orang kadet tentera.

    Taklimat dihadiri oleh lebih daripada 100 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, alumni UNISSA dan orang awam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...