Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Taklimat kesan tipuan bidaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Pegawai perolehan dinasihatkan untuk berwaspada akan tanda-tanda bagi mengesan kegiatan tipuan bidaan.

    Jika berlakunya sebarang kecurigaan mengenai kegiatan tipuan bidaan bolehlah dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam (CCBD) dengan mengemukakan maklumat dan dokumen berkaitan, seperti tawaran tender, komunikasi dan juga rekod mengenai tingkah laku dan kenyataan yang mencurigakan.

    Nasihat itu antara yang disampaikan semasa sesi taklimat yang dikendalikan oleh Sekretariat Eksekutif CCBD bagi pegawai-pegawai Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), khususnya Jawatankuasa Dalaman dan Sebut Harga, Bahagian Pengurusan Aset dan Bahagian Kewangan, baru-baru ini.

    Sesi taklimat yang berlangsung di Dewan Al-Fath, Ibu Pejabat MPABD, Muara itu merupakan usaha menekankan kepentingan agensi perolehan mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko tipuan bidaan.

    Hadir semasa sesi berkenaan ialah Ketua Eksekutif MPABD, Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew @ Martin Liew.

    Ahli majlis menyampaikan pembentangan semasa acara berkenaan.
    Antara yang hadir mendengarkan taklimat semasa acara berkenaan.

    Turut hadir ialah Pengerusi CCBD, Nik Hafimi binti Abdul Haadii dan Pengarah CCBD, Hajah Rena Azlina binti Dato Paduka Haji Abdul Aziz.

    Sekretariat Eksekutif CCBD memulakan sesi berkenaan dengan memberikan pengenalan mengenai rangka kerja institusi CCBD sebagai badan bebas separa kehakiman yang diberi mandat untuk menguatkuasakan Perintah Persaingan, 2015.

    Sesi juga membincangkan mengenai perintah Persaingan 2015, khususnya tiga larangan utama di bawah Perintah tersebut iaitu Perjanjian Anti-Persaingan; Penyalahgunaan Kedudukan Dominan; dan Penggabungan Anti-Persaingan.

    Di samping itu, sesi juga menekankan kesan-kesan mudarat kegiatan tipuan bidaan, termasuk kenaikan harga barangan dan kualiti yang terjejas.

    Sesi tersebut menggariskan kepentingan bagi agensi perolehan untuk memainkan peranan yang proaktif dalam mencegah, mengesan dan melapor tipuan bidaan.

    Maka dalam itu, para peserta diingatkan untuk mengambil beberapa langkah bagi mencegah tipuan bidaan. Ini boleh dimulakan dengan mengadaptasikan langkah-langkah pencegahan yang praktikal dalam mereka bentuk dokumen tender yang bersifat pro-kompetitif.

    Sesi diakhiri dengan segmen soal jawab dan kuiz interaktif pendek untuk mempertingkatkan lagi kefahaman dan kesedaran peserta mengenai Perintah Persaingan, 2015.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...