Taklimat kesihatan bakal haji 21 Julai ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memaklumkan kepada bakal-bakal haji yang terpilih untuk menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1438H/2017M ini, sesi taklimat kesihatan akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Syawal bersamaan dengan 21 Julai di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas bermula jam 8 pagi.

Sehubungan dengan itu, semua bakal jemaah haji yang telah terpilih supaya dapat hadir pada sesi taklimat berkenaan pada tarikh, masa dan tempat yang telah dinyatakan.