Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Taklimat Pengukuhan Maqasid Syariah diteruskan di Belait

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 12 NOV – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah meneruskan lagi taklimat Pengukuhan Maqasid Syariah kepada kira-kira 46 orang penghulu mukim dan ketua kampung di Daerah Belait, kelmarin.

    Diadakan di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait yang terletak di sepanjang Jalan Maulana, taklimat bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman tentang prinsip-prinsip Maqasid Syariah serta memantapkan pelaksanaan prinsipnya dalam organisasi pengurusan dan pentadbiran.

    Hadir menyampaikan taklimat ialah Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

    Taklimat tersebut mewakili pelaksanaan berterusan projek strategik KHEU yang digariskan dalam Pelan Strategik KHEU 2020-2024.

    Dr Haji Noralizam menyampaikan taklimat Pengukuhan Maqasid Syariah di Daerah Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara penghulu mukim dan ketua-ketua kampung yang hadir semasa taklimat berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...