Taklimat persiap pelajar Tahun 6

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Pelajar Tahun 6 Sekolah Bakti Dewa telah menghadiri taklimat motivasi yang bertajuk ‘Cari Keberkatan untuk Berjaya’ yang diadakan di sekolah berkenaan, kelmarin.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Timbalan Pengarah Pusat Pengkajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk.

Antara tujuan taklimat itu diadakan adalah bagi mempersiapkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan penting sebelum menghadapi ujian dan Peperiksaan PSR yang akan mereka tempuh penghujung tahun ini.

Haji Mohd Shahrol Azmi semasa menyampaikan taklimat motivasi.
Antara pelajar Tahun 6 yang menghadiri taklimat motivasi tersebut.