Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Taklimat pupuk semangat kenegaraan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Sebagai usaha berterusan dalam menyemai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ bagi Sekolah Menengah Lambak Kiri (SMLK) yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan, di sini, hari ini, taklimat itu juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Taklimat itu dihadiri oleh seramai 117 orang penuntut Tahun 7 dan 8 sekolah berkenaan.

    Program taklimat itu juga dihadiri oleh Pengetua SMLK, Dayang Rosmawati binti Mohammad dan para tenaga pengajar.

    Taklimat kenegaraan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan selaku Ketua Unit Kenegaraan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris di mana beliau antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’.

    Dalam program itu, para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video ‘Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara’, ‘Semarak Pengibaran Bendera Negara’ dan video animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera Negara’.

    Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

    Antara penuntut yang menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Hajah Noorhijrah yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Lambak Kiri baru-baru ini. –Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...