Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Taklimat semai semangat patriotisme

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Sebagai usaha berterusan untuk menyemai rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara di bawah pimpinan raja yang berdaulat, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ yang berlangsung di Bilik Mumtaz, Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA), baru-baru ini.

    Taklimat yang dihadiri 150 pelajar Tahun 7 sekolah berkenaan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, selaku ketua Unit Kenegaraan.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengetua Akademik, SM SMJA, Dayang Paridah binti Haji Bayong dan para tenaga pengajar.

    Antara yang disentuh dalam taklimat berkenaan adalah ketaatan kepada pemimpin negara, tatacara menaikkan dan mengibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’ yang secara umumnya dihasratkan untuk mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri pelajar dan juga kakitangan sekolah.

    Pelajar program juga berpeluang menyaksikan paparan klip video ‘Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara’, ‘Semarak Pengibaran Bendera Negara’ dan Video Animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera Negara’.

    Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan kuiz kenegaraan dengan hadiah-hadiah menarik daripada pihak jabatan.

    Hajah Noorhijrah menyampaikan taklimat kepada pelajar SM SMJA di Bilik Mumtaz sekolah berkenaan, baru-baru ini. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -