Taklimat tingkat kemahiran sumber manusia

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam (BILIF), pada 29 Julai lalu, telah menganjurkan jerayawara bagi pengurus-pengurus dan pegawai Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas.

Jerayawara itu antara lainnya bertujuan untuk memperkenalkan BILIF kepada para peserta dan mempromosikan program khas BILIF iaitu Leadership in Islamic Finance and Economics (LIFE), Fiqh Mua’malat Professional Programme (FMPP) dan Young Executive Leadership Programme (YELP).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BILIF, semasa jerayawara itu, taklimat mengenai program Art of Persuasive Presentations telah disampaikan oleh Ketua Konsultan, Articulation Training & Consultancy, Stuart Lee.

Antara topik-topik program yang telah dihuraikan melalui perbincangan dan aktiviti-aktiviti interaktif adalah Theories of Communications; Vocal Variety and Body Language; dan Speech Opening and Ethos. Matlamat program tersebut ialah untuk menambah baik kemahiran para peserta dalam membentangkan idea dan cadangan.

Jerayawara itu merupakan sebahagian daripada siri jerayawara BILIF yang akan diadakan hingga September tahun ini untuk memberigakan penjenamaan BILIF dan juga memperkenalkan program-program dan acara BILIF.

Gambar bertarikh 29 Julai menunjukkan kakitangan Perbadanan TAIB ketika menghadiri taklimat disampaikan oleh Stuart Lee di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas. – Gambar serahan BILIF