Taklimat urus kewangan secara berkesan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, telah mengadakan taklimat mengenai pengurusan kewangan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi para peserta Program Rakan Seliaan yang berlangsung di Dewan Jongsarat Bangunan PGGMB, di sini.

Taklimat berkenaan adalah sebahagian daripada program kerjasama Bahagian Reintegrasi bersama pihak BIBD bagi membantu rakan seliaan dalam mengurus kewangan secara berkesan dan memberikan maklumat peluang perniagaan dalam sektor PMKS.

Hadir pada taklimat berkenaan ialah peserta Program Rakan Seliaan, ahli-ahli Jawatankuasa Aftercare dan pegawai-pegawai Bahagian Reintegrasi, Jabatan Penjara.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Aftercare Brunei Darussalam, Haji Mustafa bin Haji Masri; Pegawai Perhubungan Korporat BIBD, Pengiran Fitri bin Pengiran Shaminan; Pegawai Kanan Perbankan Korporat BIBD, Pengiran Sanusi bin Pengiran Haji Ismail dan Pegawai Perhubungan Perancangan Kewangan BIBD, Dayang Norliah binti Mohd Taib.

Sesi bergambar ramai pada majlis taklimat berkenaan.