Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Takmir Masjid Bengkurong anjur tahlil sekampung

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Jawatankuasa Takmir Masjid dan Majlis Perundingan Kampung Bengkurong, Kampung Sinarubai dan Kampung Burung Lapas, baru-baru ini, tidak ketinggalan mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung yang berlangsung di Masjid Kampung Bengkurong.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta Kursus Penyempurnaan Jenazah yang telah diadakan pada Mac dan April lalu secara mingguan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian sijil ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Suhaimi bin Haji Ghafar.

    Kursus berkenaan telah dikendalikan oleh mantan imam, Haji Anuar bin Haji Yussof.

    Kursus berkenaan dianjurkan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bengkurong dengan tujuan untuk memberikan pendedahan mengenai penyempurnaan jenazah agar para belia mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang cara-cara dan permasalahan yang berhubung dengan penyempurnaan jenazah sekali gus menjadikan mereka berkemahiran dalam pengurusan penyempurnaan jenazah apabila berlaku kematian dalam situasi sebenar.

    Pada kursus itu, para peserta telah didedahkan dengan cara bagaimana memandikan, mengapankan, menyembahyangkan, mengebumikan dan seterusnya praktikal menguruskan jenazah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Suhaimi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus menyempurnakan jenazah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda