Taktik Arteta berhasil

BOURNEMOUTH, 28 JAN – Pemain-pemain muda Arsenal berjaya melayakkan diri ke pusingan ke-5 Piala FA selepas menewaskan Bournemouth 2-1 semalam.

Taktik pengurus Arsenal Mikel Arteta membuahkan hasil dengan menurunkan pemain-pemain muda seperti pemain berusia 18 tahun, Bukayo Saka yang mempamerkan aksi yang cukup mengagumkan apabila beliau menggegarkan gawang Bournemouth dengan rembatan tajam di awal minit ke-5 babak pertama perlawanan.

Arsenal menghasilkan banyak hantaran cantik dan pergerakan kemas melalui pemain 20, Eddie Nketiah yang baru saja dipulangkan selepas pinjaman beliau dari kelab divisyen dua Leeds, hampir-hampir sahaja mencipta jaringan pada minit ke-26.

Pemain gantian Bournemouth Sam Surridge berjaya menyamakan kedudukan selepas Arsenal mendahului jaringan sejurus sahaja empat minit pada babak kedua perlawanan bermula.

Sudah sebulan Arteta mengambil alih sebagai pengurus Arsenal di mana perlawanan pertamanya hanya mampu seri 1-1 menentang Bournemouth pada 26 Disember lalu dan kembali ke Arsenal membuat beberapa peningkatan.

Sehubungan dengan itu, ini cukup membuktikan Arsenal boleh beraksi dengan baik walaupun tanpa pemain bintang penyerang mereka Pierre Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette yang berada di bangku simpanan sahaja.

Arteta juga turut merehatkan beberapa pemain tunggak Arsenal seperti pemain midfield Lucas Torreira dan Mesut Ozil serta penjaga gawang mereka Bernd Leno. Beliau hanya menurunkan pemain-pemain muda.

“Mikel sedang mencuba untuk mengembalikan Arsenal dengan persembahan hantaran seperti Arsenal dahulu,” Saka berkata, “dan saya rasa saya suka dengan cara kami bermain dengan bola sepak yang bagus pada babak pertama perlawanan.” – AP

Reaksi Mikel Arteta ketika melihat pasukannya menentang Bournemouth di perlawanan Piala FA di Stadium Vitality, England. – AP