Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Takut cucu terjangkit, ibu bapa Ezzaty positif COVID-19 keluar rumah

    Terkilan dan rasa bersalah, itu luahan pelakon Ezzaty Abdullah apabila melihat ibu bapanya terpaksa berpindah ke tempat lain bagi menjalani kuarantin selepas dijangkiti COVID-19.

    Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan virus berkenaan menjangkiti.

    Ezzaty, 32, yang kini dalam tempoh berpantang di rumah orang tuanya yang terletak di Bentong, Pahang selepas melahirkan anak kedua pada 11 Februari lalu. “Ini rumah mereka, tetapi mereka pula yang terpaksa keluar disebabkan tidak mahu memberi kesan jangkitan kepada saya dan anak yang baru lahir.

    “Memang rasa terkilan dan bersalah. Namun ini adalah jalan terbaik yang boleh kami lakukan. Saya pun tidak boleh balik ke rumah saya kerana sedang dalam proses pengubahsuaian dan tidak sesuai untuk tinggal dengan keadaan sedang berpantang,” kata Ezzaty kepada wartawan.

    Menurut Ezzaty lagi, dia berasa sedih kerana tidak boleh membantu ibu bapanya mengemas barang-barang keperluan sebelum mereka berpindah buat sementara di rumah arwah neneknya di Ampang, Kuala Lumpur.– Agensi

    Terkilan dan rasa bersalah, itu luahan pelakon Ezzaty Abdullah apabila melihat ibu bapanya terpaksa berpindah ke tempat lain selepas dijangkiti COVID-19. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...