Takut dengan tentera, kanak-kanak Myanmar mempelajari karate

JE YANG, Myanmar – Setiap petang, berpuluh-puluh remaja perempuan berada di sekolah menggantikan kanak-kanak, dengan berpakaian seragam putih dengan tali pinggang pelbagai warna: kuning, biru, putih. Kaki mereka menendang tinggi ke langit dan melompat dengan megahnya sebelum memulakan latihan mereka dan berteriak dalam bahasa Jepun apabila mereka memulakan rutin mereka.

Kebanyakannya mereka berumur antara 13 dan 16 tahun, mereka telah kehilangan rumah, dan menghadapi peperangan saudara yang telah lama berjalan di negeri Kachin Myanmar – sebuah peperangan di mana pihak tentera telah berulang kali dituduh merogol kanak-kanak perempuan dan wanita, tetapi jarang sekali didakwa.

Kelas karate ini ditawarkan untuk meningkatkan semangat mereka yang mudah terjejas.

“Bagi semua gadis-gadis ini, kami mengajar mereka bagaimana untuk melindungi diri mereka apabila diserang oleh seseorang yang cuba melakukan serangan seksual dan bagaimana untuk melawannya,” kata pengajar Hkun Naw.

“Pada asasnya adalah untuk mengajar kanak-kanak perempuan ini agar sentiasa menjadikan diri mereka dalam keadaan selamat.

Pelarian kanak-kanak perempuan berada di kem perkampungan Jeyang. – AP
Pelarian kanak-kanak perempuan berada di kem perkampungan Jeyang. – AP
Pelarian daripada kanak-kanak perempuan berada di kem perkampungan Jeyang, berhampiran sempadan China, menyertai latihan karate bagi pertahanan diri di negeri Kachin, Myanmar. – AP
Pelarian daripada kanak-kanak perempuan berada di kem perkampungan Jeyang, berhampiran sempadan China, menyertai latihan karate bagi pertahanan diri di negeri Kachin, Myanmar. – AP

“Kita mahu memastikan bahawa semua kanak-kanak pelarian mempunyai hak untuk melakukan sesuatu yang memberikan mereka kegembiraan, dan menjadikan mereka lebih yakin.”

Lebih daripada 100,000 orang di negeri Kachin, di utara Myanmar, telah dipaksa keluar dari rumah mereka dengan pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak etnik Kachin yang telah mencari kawasan autonomi yang lebih besar selama beberapa dekad. Genjatan senjata selama 17 tahun lamanya telah berakhir pada tahun 2011.

Je Yang adalah antara kem yang paling sesak, dengan lebih daripada 8,000 orang, termasuk Hkawn Ra berusia 16 tahun.

Dia melarikan diri dari pertempuran di kampungnya Man Dung semasa dia berada di sekolah lima tahun lalu, ketika dia berusia 11 tahun. Beliau tidak pernah melihat ibu bapanya sejak dari itu.

Dia pernah bermimpi untuk menjadi seorang jururawat, tetapi kini tidak lagi. “Oleh kerana keadaan politik dan perang saudara, saya tidak dapat memenuhi impian tersebut, dan saya tidak marah lagi,” katanya.

Hkawn Ra telahpun mempelajari karate selepas men-dengar mengenai kes rogol dan keganasan seksual terhadap wanita di rantau ini.

Sebuah pertubuhan berasaskan komuniti yang bero-perasi di bawah Pertubuhan Pembebasan Kachin telah mengadakan kelas karate di kawasan yang dikawal Kachin sejak tahun gencatan senjata berakhir, cuba untuk mengajar kanak-kanak perempuan dan lelaki dalam mempertahankan diri mereka dan meningkatkan keyakinan diri.

“Mereka (tentera) telah memperkosa wanita dan sebab itulah saya berminat, dan memutuskan untuk belajar karate demi melindungi diri saya,” kata Hkawn Ra.

Pertubuhan wanita mengatakan tentera telah lama menggunakan rogol sebagai senjata perang mereka.

Hkawn Ra berusia 16 tahun menyertai latihan karate di Perkampungan Jeyang, kem IDP bagi pertahanan diri. – AP
Hkawn Ra berusia 16 tahun menyertai latihan karate di Perkampungan Jeyang, kem IDP bagi pertahanan diri. – AP
Pelarian yang terdiri daripada kanak-kanak perempuan berada di kem perkampungan Jeyang untuk menyertai latihan karate. – AP
Pelarian yang terdiri daripada kanak-kanak perempuan berada di kem perkampungan Jeyang untuk menyertai latihan karate. – AP

Liga Wanita Burma berkata ia telah mendokumenkan lebih daripada 100 kes rogol dan keganasan seksual terhadap wanita etnik oleh pihak tentera sejak tahun 2010. Kerajaan dan tentera sebahagian besarnya kekal berdiam diri mengenai isu itu.

Muslim Rohingya dan kumpulan hak asasi manusia berkata anggota tentera dan polis kerap merogol anggota minoriti etnik di negeri barat laut Rakhine. Pihak berkuasa telah menjalankan operasi pembersihan di rantau ini sejak bulan Oktober, apabila sembilan pengawal sempadan telah dibunuh oleh penyerang yang tidak diketahui.

Kerajaan telah menyekat media asing untuk memasuki kawasan tersebut, tetapi Rohingya yang melarikan diri ke kawasan berdekatan Bangladesh telah melaporkan kes rogol dan pembunuhan oleh pasukan keselamatan, dan imej satelit menyokong tuntutan mereka di perkampungan mereka yan terbakar.

Pada sidang akhbar baru-baru ini, kata jurucakap tentera Soe Naing Oo telah menafikan bahawa tentera di Rakhine telah melakukan sebarang pelanggaran hak asasi manusia atau keganasan seksual.

Persatuan Wanita Kachin Thailand dan Legal Aid Network tahun lepas telah mengeluarkan satu laporan mengenai kurangnya siasatan terhadap kes rogol dan pembunuhan dua guru sukarelawan Kachin yang kejam pada tahun 2015. Berpuluh-puluh tentera dibawa ke kawasan tertutup di tempat kejadian rogol, beberapa orang meninggalkan tempat itu tidak lama sebelum mayat ditemui, namun tiada suspek telah dikenal pasti.

Pendakwaan hanyalah sedikit. Pada tahun 2014, seorang tentera telah dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara kerana merogol seorang gadis Kachin berusia tujuh tahun di negeri utara Shan. Tertuduh tentera Myanmar biasanya menghadapi perbicaraan di tribunal tentera, tetapi para peguam berjaya membawa kes itu ke ruangan perbicaraan awam. – AP