Monday, December 5, 2022
22.3 C
Brunei

-

Takut salah tulis punca Jo In Sung enggan buka Instagram

Menyedari penting untuk seseorang selebriti itu mempunyai akaun media sosial, namun pelakon Jo In Sung mempunyai alasan tersendiri kenapa dia masih belum membuka akaun Instagram sendiri.

Menurut pelakon berusia 40 tahun ini, dia takut akan membuat kesilapan dalam menulis apa-apa informasi sekiranya mempunyai akaun media sosial.

“Bukannya saya tak suka nak ada akaun Instagram tapi saya takut kalau saya ada salah taip atau buat kesalahan ejaan sekiranya saya muat naik apa-apa entri di situ.

“Nak buka akaun itu pun sesuatu yang agak mencabar bagi saya. Bila melibatkan hal-hal celik IT, saya memang tidak berapa tahu sangat,” katanya.

Jo In Sung mula mencuri perhatian peminat Kdrama menerusi drama What Happened in Bali yang ditayangkan pada tahun 2004.

Filem terbaharu lakonan aktor ini berjudul Escape from Mogadishu baharu sahaja ditayangkan bermula Rabu lalu. – Agensi

Jo In Sung takut akan membuat kesilapan dalam menulis apa-apa informasi sekiranya mempunyai akaun media sosial. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

ASEAN: Tiga tindakan promosi pembangunan bandar mampan

FUKUSHIMA, 4 DIS – Mesyuarat keempat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun bermula di sini hari ini, dengan ASEAN mengetengahkan tiga tindakan utama untuk...

Australia dakwa suspek IS

- Advertisment -