Talian 148 perlu ada panggilan semula

Orang ramai menyambut baik mengenai pengumuman pihak relevan mengenai penambahan talian kesihatan 148 yang kini dikatakan mempunyai 20 talian.

Namun rungutan mengenai ‘tak tembusnya’ panggilan masih banyak dan talian WhatsApp dan Telegram pula ada kalanya tidak dijawab dalam masa berhari-hari.

Apa yang menjadi kemusykilan, saya terbaca mengenai rayuan salah seorang yang dikenakan kuarantin dan mengatakan beliau sekeluarga sudah pun tamat kuarantin, namun belum lagi mendapat pelepasan sehingga membawa kesukaran kepadanya.

Sehubungan itu, saya cadangkan talian itu mengambil pendekatan seperti yang digunakan oleh pihak bank iaitu panggilan balik (call back) dan jika dirasakan panggilan seseorang itu penting, mereka boleh segera memanggil semula orang yang membuat panggilan agar kemaslahatan mereka terjaga.

Kita Lindungi