Talian baharu 24 jam Perbadanan TAIB

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Sebagai salah satu inisiatif untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien kepada orang ramai, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) mengumumkan nombor Talian Pusat Panggilan 24 Jam yang baharu, 2220299 yang beroperasi seharian.

Perbadanan TAIB menyatakan bahawa inisiatif berkenaan bertujuan untuk memperluas rangkaian perkhidmatan yang tersedia untuk para pelanggan. Ia diharap akan memberi kemudahan kepada para pelanggan untuk berinteraksi bersama kakitangan perkhidmatan pelanggan Perbadanan TAIB secara langsung bagi membantu keperluan perbankan mereka.

Pihak pusat panggilan itu bersedia untuk membantu mengenai akaun individu, masalah kata laluan, melakukan urus niaga, cek yang belum selesai dan dijelaskan, produk dan perkhidmatan, sokongan perbankan dalam talian, hal ehwal kad ATM serta pertanyaan mengenai kad dan sebagainya.

Sebagai alternatif, pihak Perbadanan TAIB juga boleh dihubungi melalui e-mel, [email protected] atau layari www.taib.com.bn.

Perbadanan TAIB mengumumkan nombor Talian Pusat Panggilan 24 Jam baharu bagi membantu keperluan perbankan pelanggan.