Talian hotline sesi persekolahan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Dengan sesi persekolahan penggal kdua serta sesi persekolahan peringkat kedua bermula, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa talian hotline telah dibukakan bagi sebarang pertanyaan dan mengongsikan maklumat berhubung dengan pembukaan sesi persekolahan dalam tempoh pandemik COVID-19.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan, menyatakan bahawa talian hotline berkenaan ialah 2382396 atau 2381167 dan beroperasi dari pukul 7:45 pagi hingga 4:30 petang di mana talian itu, buat masa ini, beroperasi pada hari-hari bekerja sahaja iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu.