BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai bahawa Talian Nasihat Kesihatan (Health Advice Line) akan diaktifkan untuk memberikan maklumat terkini dan nasihat-nasihat kesihatan mengenai dengan jangkitan koronavirus (2019-nCoV).
Nombor-nombor Talian Nasihat Kesihatan berkenaan adalah 2381380 dan 2381383, yang akan mula beroperasi esok, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini.
Kenyataan menyatakan, talian berkenaan akan beroperasi pada waktu bekerja iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang.
Bagi panggilan di luar waktu bekerja, orang ramai boleh terus menghubungi Talian Darussalam 123.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn/SitePages/2019nCoV.aspx untuk maklumat lanjut mengenai jangkitan 2019-nCoV.




























