Talian Syifa jaga kesejahteraan warga sekolah arab, agama

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga persekolahan Arab dan agama terjaga khususnya para guru, pelajar dan ibu bapa, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui unit Perkhidmatan Kaunseling, Bahagian Pentadbiran telah membukakan Talian Syifa.

Talian berkenaan, dengan nombor 8330063 yang menggantikan nombor telefon terdahulu, adalah untuk memudahkan mereka untuk berkongsi sebarang permasalahan atau aduan
yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kebajikan pelajar Waktu beroperasi talian tersebut ialah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 2 petang hingga 4 Petang.