Taliban bunuh 20 askar, polis

KUNDUZ, AFGHANISTAN, 4 MAC – Militan Taliban membunuh kira-kira 20 askar dan polis Afghan dalam siri serangan semalam, kata pegawai kerajaan kepada AFP hari ini, beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump berkata dia mengadakan perbualan ‘sangat baik’ bersama ketua politik mereka.

Militan telah meningkatkan keganasan ke atas pasukan keselamatan Afghan beberapa hari kebelakangan, menamatkan kedamaian sementara separa yang dikenakan semasa penandatangan perjanjian pengunduran Taliban-AS di Doha pada Sabtu.

“Pejuang Taliban menyerang kira-kira tiga kawalan pos tentera di daerah Imam Sahib, Kunduz malam lalu, membunuh kira-kira 10 askar dan empat polis,” kata Safiullah Amiri, anggota majlis wilayah. – AFP