Taliban gandakan serangan tahunan

HERAT, Afghanistan, 15 Mei – Pertempuran sengit telah meletus di barat bandar Afghanistan, Farah, selepas Taliban melancarkan satu serangan besar semalaman untuk menawan ibu negeri wilayah itu, dengan penduduk melaporkan siri serangan udara, letupan dan tembakan.

Tentera kerajaan termasuk 100 komando telah tiba dan bertempur dengan pemberontak, beritahu seorang anggota majlis wilayah tempatan kepada AFP, tatkala penduduk berkata situasi adalah ‘amat teruk’.

Serangan itu, yang meletus tatkala Taliban mempertingkatkan serangan musim bunga tahunan mereka, bermula pada tengah malam, dengan pemberontak menawan sebuah daerah dan sebahagian daerah lain, beritahu anggota majlis wilayah tempatan Jamila Amini kepada AFP hari ini dari dalam bandar.

“Pertempuran sengit berterusan di dalam bandar dan pesawat udara baru sahaja mula mengebom kedudukan Taliban,” kata beliau.

“Tentera tambahan kerajaan telah tiba termasuk kira-kira 100 anggota komando.” – AFP