Tuesday, May 30, 2023
22.7 C
Brunei

    -

    Taliban gesa negara Islam iktiraf kerajaan Afghanistan

    KABUL, 19 JAN – Perdana Menteri kerajaan Taliban hari ini menggesa negara-negara Islam untuk mengiktiraf kerajaan mereka, ketika Afghanistan yang bergantung kepada bantuan berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

    Masih tiada negara yang mengiktiraf Taliban, dengan kebanyakan negara memerhatikan bagaimana tegasnya negara itu menyekat kebebasan.

    Meskipun kumpulan itu berjanji untuk melonggarkan pemerintahan mengikut tafsiran undang-undang Syariah Islam mereka, wanita sebahagian besarnya dipinggirkan daripada jawatan kerajaan dan kebanyakan perempuan dihalang memasuki sekolah menengah.

    “Saya menyeru agar negara-negara Islam untuk memimpin dan mengiktiraf kerajaan kami secara rasmi. Kemudian saya berharap kita akan dapat membangun dengan segera,” kata Mohammad Hassan Akhund semasa sidang media di Kabul. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -