Taliban hasrat capai perjanjian damai – Trump

ANKARA, 29 NOV – Taliban berhasrat mencapai perjanjian damai dengan Amerika Syarikat (AS), kata Presiden Donald Trump semalam ketika melakukan lawatan mengejut ke Afghanistan untuk meraikan Hari Kesyukuran bersama tentera Amerika, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan The New York Times.

“Taliban ingin membuat perjanjian damai dan kami akan bertemu dengan mereka,” kata Trump dalam pertemuannya dengan rakan sejawat dari Afghanistan, Presiden Ashraf Ghani, semasa melawat Bagram Airfield, menurut The New York Times.

Pada awal September, Trump mengisytiharkan rundingan damai dengan Taliban ‘telah terkubur’ susulan serangan baru-baru ini ke atas ibu kota Kabul yang mengorbankan berpuluh-puluh orang termasuk seorang tentera AS. – Bernama

Presiden Donald Trump bercakap ketika pertemuan dengan Presiden Afghan Ashraf Ghani semasa lawatan mengejut pada 28 November di Pangkalan Tentera Udara Bagram, Afghanistan. – AP