Taliban lancar serangan di Afghanistan

KABUL, 15 DIS – Tentera Taliban mempergiatkan lagi serangan mereka di Afghanistan berikutan terhentinya perundingan damai di antara kumpulan bersenjataTaliban dan delegasi Amerika Syarikat (AS) di ibu negara Qatar Doha. Mereka telah membunuh hampir dua dozen anggota keselamatan pada Sabtu lalu di wilayah timur Ghazani.

Serangan ini, disahkan telah membunuh seramai 23 kakitangan anggota keselamatan di daerah Qarabagh wilayah timur Ghazni , kata ketua wilayah majlis Nasir Ahmad Faqiri. Gabenor daerah Habibullah Zerak juga disahkan maut dalam serangan tersebut.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Majahid bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dan mengatakan serangan yang berlaku Sabtu lalu telah membunuh seramai 32 orang tentera dan mereka telah berjaya menakluki markas tentera di Daerah Qarabagh wilayah Ghazni. – Xinhua