KABUL, 28 Mei – Kumpulan Taliban telah menolak satu tawaran damai yang dibuat oleh kerajaan Afghanistan dan para ulama di bulan Ramadan untuk menghentikan pertempuran dan memulakan rundingan.
Menurut para pegawai setempat, kumpulan militan itu telah melakukan siri serangan maut di sebuah stadium bandar Jalalabad pada 18 Mei, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang termasuk para atlet dan mencederakan 55 yang lain termasuk pada penyokong.
Presiden Afghanistan, Mohammad Ashraf Ghani dalam mesejnya mengenai bulan Ramadan bahawa ia adalah bulan keamanan dan menggesa pihak militan menghormati bulan suci itu serta memberikan sumbangan ke arah mencapai keamanan di Afghanistan.
Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Afghanistan juga mengeluarkan mesej yang hampir sama, “Ramadan akan memberikan peluang kepada semua komuniti di Afghanistan untuk merapatkan hubungan dan tali silaturahim dengan penuh damai.”
Ulama Afghanistan termasuk majlis cendekiawan agama juga menggesa kumpulan bersenjata itu menghormati Ramadan dan menghentikan pertempuran bagi sekurang-kurangnya di sepanjang bulan Ramadan ini. – Xinhua