Taman asuhan kanak-kanak haram diserbu

BANDAR SERI BEGAWAN, 2011 – Sepasukan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Undang-undang Bandar Seri Begawan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas tiga sasaran merangkumi sekolah asuhan kanak-kanak, rumah persendirian dan tempat cuci kereta.

Ketika pemeriksaan di rumah persendirian yang dijadikan taman asuhan itu, lebih 30 kanak-kanak di bawah umur tiga tahun didapati dijaga lima pengasuh wanita warga asing. Sekolah itu bagaimanapun dinilai tidak sesuai memandangkan terlalu sesak dengan anak-anak kecil.

Hasil siasatan mendapati hanya seorang pekerjanya di bawah jaminan taman asuhan dan seorang lagi berkahwin dengan warga tempatan. Dua lagi wa-nita berkenaan, seorang dijamin sebagai amah dan seorang lagi di bawah jaminan taman asuhan sekolah lain. Pas khas dikeluarkan kepada seorang wanita itu manakala seorang pemegang kad pengenalan sementara ditahan bagi siasatan. Serbuan ke atas sebuah rumah persendirian di Mukim Berakas pula mendapati seorang lelaki asing sedang melakukan pekerjaan di kawasan rumah itu.

Lelaki itu mulanya ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah namun memaklumkan kepada polis pasportnya dalam bilik tidur. Bagaimanapun, apabila diambil pasportnya, dia didapati dalam jaminan visa melawat ke negara ini dan ditahan kerana menyalahgunakan pas imigresen.

Dalam pemeriksaan ke atas premis cuci kereta di kawasan Berakas,pegawai mendapati tiga lelaki asing gagal menunjukkan dokumen permit kerja sah. Mereka dibawa ke pejabat bagi siasatan lanjut.