Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Taman Asuhan PGGMB meriahkan suasana Aidilfitri

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Dalam menyambut keindahan Syawal, Taman Asuhan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) turut tidak ketinggalan meluangkan masa mengadakan sambutan Hari Raya di taman asuhan tersebut, baru-baru ini.

    Sambutan dihadiri oleh lebih 30 orang kalangan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dialu-alukan oleh penyelia dan pengasuh Taman Asuhan PGGMB serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB.

    Sambutan tersebut juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ibu bapa, penjaga kanak-kanak dan warga Taman Asuhan PGGMB.

    Selain itu, pihak taman asuhan dan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB menaruh merakamkan penghargaan kepada para ibu bapa atau penjaga kanak-kanak atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini dan sekali gus akan terus berusaha memantapkan perkhidmatan dari semasa ke semasa.

    Warga Taman Asuhan PGGMB dan para ibu bapa serta penjaga kanak-kanak bergambar ramai. – Gambar serahan Taman Asuhan PGGMB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -