Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taman Colombia lancar kempen lindungi haiwan

    BOGOTA – Sebuah kawasan di pinggir ibu kota Colombia, burung ‘Red Macaws’ berkongsi kawasan tapak perlindungan bersama dengan Oselot dan burung kakak tua yang berkepala hitam. Manakala seekor helang yang dinamakan sebagai ‘A White Crested Harpy Eagle’ akan sentiasa bersiul pada kanak-kanak sekolah yang sering berjalan di sebuah laluan pejalan kaki yang dibina berdekatan tapak perlindungan itu.

    Kebanyakan haiwan-haiwan ini didatangkan dari kawasan-kawasan yang berbeza di benua Amerika Selatan yang kaya dengan sumber ekologi. Malah kebanyakan haiwan-haiwan ini berkongsi satu isu yang sama di mana kebanyakannya diselamatkan dari pengedar atau penjual haiwan haram.

    Satu perjuangan

    Sebagai ketua dalam perjuangan untuk menentang perdagangan hidupan liar, dia telah berkumpul di London baru-baru ini bagi menghadiri Persidangan Perdagangan Hidupan Liar Haram di mana organisasi pemuliharaan di seluruh dunia bekerja keras untuk menyediakan tempat perlindungan kepada beribu-ribu haiwan telah diselamatkan daripada para penyeludup.

    Bio Reservo La Reserva di ibu kota Colombia adalah rumah kepada 50 spesies terancam iaitu dari penyu hingga katak beracun berwarna keemasan, yang dicari oleh pengumpul haram disebabkan oleh warna yang menarik dan sangat jarang ditemui.

    Katak beracun berwarna keemasan, yang dicari oleh pengumpul haram disebabkan oleh warna yang menarik dan sangat jarang ditemui. – AP

    Organisasi ini telah berjaya membantu haiwan-haiwan yang telah diperdagangkan dan mengalami kecederaan serta membantu memulihkannya. – AP

    Seekor helang yang dinamakan sebagai ‘A White Crested Harpy Eagle’ akan sentiasa bersiul pada kanak-kanak sekolah yang sering berjalan di sebuah laluan pejalan kaki yang dibina berdekatan tapak perlindungan itu. – AP

    Pengarah tapak perlindungan, Ivan Lozano berkata bahawa organisasinya berjaya membantu haiwan-haiwan yang telah diperdagangkan dan mengalami kecederaan serta membantu memulihkannya. Selepas itu, sebahagian daripada haiwan-haiwan ini akan dibebaskan di beberapa bahagian di kawasan hutan di tapak perlindungan.

    Mengenal habitat haiwan

    Malah tapak perlindungan ini turut menempatkan haiwan-haiwan yang tidak lagi boleh hidup di habitat asalnya sekali gus mendidik para pengunjung tentang habitat dan spesies haiwan yang berbeza serta peranannya terhadap ekosistem. “Idea kami di sini adalah untuk mengubah tingkah laku generasi kini terhadap haiwan-haiwan ini,” kata Lozano kepada media.

    Bagi mencapai matlamat ini, pusat perlindungan ini membuka pintu kepada ratusan pelancong dan pelajar sekolah setiap minggu serta dikenakan bayaran masuk sebanyak $6. Hanya lawatan berpandu yang diketuai oleh pakar taman hanya akan dibenarkan memasuki taman perlindungan ini.

    Walaupun Colombia tidak mempunyai spesies ikonik yang terkenal seperti badak atau gajah yang sentiasa menjadi tajuk utama dalam isu perdagangan manusia, Colombia sering kali terjejas oleh isu pemerdagangan pelbagai jenis-jenis ular eksotik, burung kakak tua, katak dan juga sloth.

    Membenteras

    Dianggarkan lebih daripada 23,000 haiwan telah dirampas di Colombia dari peniaga secara haram pada tahun lalu di mana kebanyakan haiwan yang di seludup terdiri dari haiwan yang terancam seperti katak beracun berwarna keemasan.

    Lozano percaya bahawa fungsi memberikan pendidikan di taman perlindungan ini merupakan satu kunci bagi mengurangkan perdagangan haiwan dan inilah sebab utama taman ini dibukakan untuk kunjungan orang ramai bagi memberikan pendidikan.

    “Kami mahu orang ramai sedar bahawa haiwan-haiwan ini juga mempunyai peranan dalam mengurangkan kehilangan biodiversiti khususnya di benua ini dan kami mahu membuat wacana saintifik yang lebih mudah dan berkesan,” tambah Lozano kepada media. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda