Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Taman negara Aberdare di Kenya terbakar

    NAIROBI, 7 FEB – Renjer hutan dan sukarelawan bertungkus-lumus cuba memadamkan kebakaran hutan di Taman Negara Aberdare, Kenya sejak semalam, yang semakin marak akibat tiupan angin kencang.

    Kebakaran yang bermula kelmarin itu kini sudah berlarutan lebih 24 jam, kata seorang kakitangan Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (KWS), agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap taman negara.

    “Api semakin marak dengan pantas membakar dan merebak jauh akibat angin kencang.

    “Kami sudah menyelaras masyarakat setempat dan kakitangan yang ada, semuanya melakukan usaha terbaik mereka, namun kebakaran yang berlaku terlalu besar untuk kami tangani,” katanya.

    Taman negara terbabit terpahat dalam sejarah kerana dikunjungi Ratu Elizabeth II apabila masih bergelar puteri dan menerima berita kemangkatan bapanya ketika menginap di hotel Treetops yang dibina di atas pokok sebagai lokasi memerhati hidupan liar di hutan Aberdare.

    Badan kebajikan pemuliharaan di Kenya, Rhino Ark, melaporkan di Twitter bahawa ia terpaksa menggunakan helikopter untuk melakukan pemantauan dari udara bagi melihat sejauh mana kemusnahan berlaku di kawasan hutan berkenaan.

    Badan Amanah Mount Kenya, agensi ditubuhkan bagi pemuliharaan hutan negara, berkata ia sudah menghantar pasukannya bagi membantu kerja memadam kebakaran hutan di Aberdare.

    Terletak di banjaran gunung Aberdare, taman negara itu menempatkan air terjun yang mempesona, hutan buluh yang subur dan pelbagai spesies hidupan liar termasuk harimau bintang, gajah serta badak sumbu hitam yang kini kritikal diancam kepupusan. – AFP

    Kebakaran kelihatan di taman negara Aberdare kelmarin. Renjer hutan bertungkus-lumus memadamkan api yang merebak ke taman negara Aberdare selama hampir 24 jam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...