SAN DIEGO – Peronda sempadan bertindak balas ke atas pencerobohan yang dikesan di tembok sempadan besi dipercayai digunakan oleh penyeludup, tidak memberikan sebarang amaran kepada para aktivis apabila meradaknya menggunakan jentolak sekali gus menjejaskan sebuah taman persahabatan ikonik di kawasan AS yang menghadap ke Lautan Pasifik.
Pada Sabtu lalu, setelah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada awam tentang pemusnahan tanpa sengaja pada taman tersebut, pihak agensi itu membenarkan para aktivis untuk menanam semula di kawasan yang sangat terhad itu dengan bunga sticky monkey, bunga seaside daisy dan beberapa spesies lain di Friendship Park (Taman Persahabatan), yang dirasmikan oleh wanita pertama Pat Nixon dalam tahun 1971 sebagai simbol hubungan rapat dua hala. Kawasan seluas setengah ekar yang memisahkan sempadan San Diego dan Tijuana ini telah menjadi tempat bagi aktiviti kelas yoga, perayaan dan kegiatan keagamaan.
Penubuhan semula taman ini merupakan satu putar belit terkini dalam hubungan yang ada kalanya berseteru dan ada kalanya berdamai antara ejen-ejen sempadan yang mementingkan keselamatan dan aktivis yang menganggap taman itu sebagai tempat istimewa dan bebas untuk ekpresi diri.
“Ia sesuatu yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kerana kami mempunyai dua agenda yang berbeza, oleh kerana kami berada di tempat yang sama,justeru kami akan berusaha sebaik mungkin,” kata Daniel Watman, guru bahasa Sepanyol yang menerajui taman itu untuk kumpulan sukarelawan, ‘Friends of Friendship Park’.
‘Friends of Friendship Park’ telah menganjurkan “akses tidak terhad ke tempat pertemuan bersejarah ini,” menyatakan taman itu diwujudkan pada tahun 2007, sejurus sebelum halangan bagi kedua-dua tempat dengan mewujudkan penguatkuasaan zon penampan yang dibukakan peronda sempadan untuk orang ramai pada hujung minggu sahaja. Halangan itu membuatkan orang ramai tidak dapat bersentuh jari pun melalui jaring dawai besi pada pertemuan hujung minggu.



Peronda sempadan menjelaskan dalam satu kenyataan selepas taman itu musnah, ia digunakan “sebagai tempat persembunyian kegiatan penyeludupan.” Sekeping gambar telah dikeluarkan menunjukkan tempat itu dikuncikan di bahagian Mexico, digunakan oleh penyeludup sebagai laluan sebesar kira-kira 18 inci yang dibuka oleh mereka sendiri.
Tembok sering dipecahkan. Menurut Manny Bayon, presiden perikatan Majlis Peronda Sempadan Kebangsaan, wakil kawasan San Diego, terdapat beberapa tembok baharu telah dirosakkan sehingga tembok Presiden Donald Trump, tembok konkrit yang mengandungi tonggak dimusnahkan oleh penyeludup dengan gerudi tanpa wayar.
Friends of Friendship Park bertemu pada 15 Januari lalu dengan Douglas Harrison, ketua pegawai peronda sempadan sementara San Diego, dan mempersetujui rancangan untuk mewujudkan semula taman yang musnah itu. Harrison berkata tujuannya adalah untuk mengubahsuai dan bukan memusnahkannya.
“Kami bertanggungjawab sepenuhnya, menyiasat kejadian itu, dan berharap dapat bekerja dengan (Friends of Friendship Park)” kata Harrison di Twitter.
Kesepakatan telah diputuskan terhadap taman itu dengan dibina semula jaraknya 4 meter dari tembok untuk memastikan pemandangan lebih menarik dengan penanaman yang minimum pada 4 kaki seterusnya untuk lebih memudahkan pemindahan sementara apabila kru pembinaan menggantikan halangan sedia ada dengan tembok Trump.
Pada hari Sabtu lalu terdapat kesilapan saat akhir ketika Watman mengatakan kemahuan kumpulan untuk menetapkan taman di kawasan belakang dengan meminta izin untuk menanam di ruang yang lebih besar, yang mana ejen yang bertugas tidak membenarkannya. Watman bersetuju untuk mengecilkan rangka pelannya dan mengubahnya kemudian. Beliau menjelaskan banyak perkara yang belum sepenuhnya dapat dilaksanakan dan terancang secara spontan.
Peronda Sempadan mengeluarkan kenyataan Sabtu lalu yang mengatakan mereka menghargai ‘persahabatan yang dibina selama bertahun-tahun dengan masyarakat di situ.’ – AP




























