Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Taman Riadah Bukit Menangis dirasmi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Penggemar aktiviti riadah kini mempunyai satu lagi tempat untuk melakukan aktiviti luar seperti hiking dengan perasmian Taman Riadah Bukit Menangis (TRBM) yang terletak di Kampung Lumapas B.

    Perasmiannya telah diadakan kelmarin dan disempurnakan oleh Pemangku Ketua Kampung Lumapas B, Awang Ali bin Tanjong yang seterusnya menyertai acara mendaki trek di taman berkenaan.

    Ketua Pengerusi Bersama, Awang Jumat bin Mohd Daud dalam ucapannya mengongsikan kerja-kerja ke arah penubuhan taman berkenaan.

    Menurut beliau, kawasan taman tersebut mempunyai banyak tempat yang memiliki sejarah tertentu dan untuk mengekalkan keindahan persekitaran taman berkenaan, ahli
    TRBM dan sukarelawan mengambil langkah membuat laluan kecil di trek berkenaan untuk mengekalkan persekitaran dengan tumbuhan alami yang terdapat di kawasan berkenaan.

    Dengan adanya taman berkenaan, ujar beliau, ia akan dapat menjadi tempat tarikan dan mempromosi Kampung Lumapas B yang mempunyai taman riadah yang mempunyai kawasan bersejarah.

    Menurutnya, antara sejarah dan cerita yang dikongsikan oleh orang-orang tua yang tinggal di kawasan berkenaan adalah Bukit Lakau, Legenda Bukit Menangis dan asal usul Bukit Menangis selain Batu Bakaban.

    Turut hadir menyaksikan perasmian taman berkenaan ialah Pemangku Ketua Kampung Lumapas A, pemilik lot tanah berkenaan, Awang Mohd Johari bin Haji Tahir, Awang Untong bin Mohammad dan tetamu khas yang lain.

    Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pertandingan tongkat oleh tetamu kehormat.

    Awang Ali memotong reben bagi merasmikan taman riadakan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...