DUBAI, 5 OKT – Taman Safari di Dubai membuka semula pintunya hari ini selepas kerja-kerja pembaikan dua tahun, tatkala negara emiriah itu berusaha merangsang sektor pelancongan di tengah pandemik koronavirus. Taman tarikan seluas 119 hektar, yang dibina di tapak bekas pembuangan sampah, pertama membuka pintunya kepada orang awam pada Disember 2017, tetapi ditutup lima bulan kemudian untuk ‘kerja-kerja pembaikan taman.’
Selepas menambah pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan dan peralihan dalam pengurusan, taman itu dibuka untuk perniagaan semula.
Pengarah operasi Muna Alhajeri berkata tapak itu – terletak di rantau padang pasir timur Dubai, salah satu daripada tujuh emiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) – menjadi tempat tinggal kepada 3,000 haiwan. – AFP

























