Taman tema Harry Potter bakal dibuka di Tokyo

TOKYO, 18 OGOS – Penduduk di Jepun akan berpeluang mengetahui bagaimana filem Harry Potter dihasilkan apabila sebuah taman hiburan filem berkenaan bakal dibuka pada tahun 2023 di Tokyo, kata Warner Bros hari ini, dalam perkembangan terbaharu francais filem berkenaan yang bernilai jutaan dolar itu.

Daya tarikan itu, yang memberi pengunjung pandangan di belakang tabir untuk menghasilkan lapan filem popular tersebut, adalah taman hiburan yang kedua seumpamanya, yang dimodelkan pada pameran studio tetap di Britain.

‘The Studio Tour Tokyo’ akan membina seluas 30,000 meter persegi (323,000 kaki persegi), dengan lawatan berjalan kaki yang membawa pengunjung melalui Hogwarts dan Diagon Alley. Ia sedang dibina di lokasi taman hiburan Toshimaen, yang akan ditutup pada akhir bulan Ogos, menurut studio filem AS dan Seibu Railways, yang mengendalikan taman tema Jepun. – AFP