Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Taman Wetland Iringan Bayu tarik 35,000 pengunjung

    SEREMBAN, 16 JAN – OSK Property memperkenalkan Taman Wetland Iringan Bayu di sini untuk menggalakkan ekosistem sihat yang menyokong pemuliharaan dan sikap menghargai tanah lembap berpaya dalam kawasan kejiranannya.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Ong Ghee Bin berkata taman rekreasi berpaya seluas 22 ekar itu dijangka menarik 35,000 pengunjung tahun ini dan merangkumi tiga elemen penting yang menjadikannya unik – tanah berpaya, taman dan seni.

    “Bahagian kawasan berpaya itu, yang pada asalnya dicipta sebagai kolam tadahan air, kini menjadi habitat kira-kira 200,000 tumbuhan paya dan 972 pokok daripada 60 spesies berbeza dan sehingga kini telah menarik lebih lapan spesies burung dan 11 ikan tempatan.

    “Taman ini merupakan nadi Iringan Bayu di Seremban yang menyepadukan kepelbagaian biologi dan pemuliharaan alam sekitar dengan seni dan kawasan terbuka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Wetland Iringan Bayu, kelmarin.

    Beliau berkata bahagian taman itu menawarkan trek joging dan lorong basikal khusus yang disambungkan ke setiap fasa kediaman dalam perbandaran itu, 18 denai kecergasan, gelanggang bola keranjang dan futsal, jambatan sepanjang 190 meter dengan pavilion tasik dan taman permainan kanak-kanak bersepadu.

    Ong berkata taman bernilai RM9 juta itu telah siap dan mula dibuka kepada orang ramai sebelum pandemik melanda negara dan telah menarik pengunjung dari sekitarnya dan Lembah Klang.

    Taman Wetland Iringan Bayu, terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Seremban, dibuka percuma kepada orang ramai dari 7 pagi hingga 7 malam dan mereka juga boleh berkunjung ke bahagian seni yang melengkapkan elemen alam semula jadi taman itu dengan 24 arca seni. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...