Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Tambahan tanpa kebenaran diarah roboh

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JPBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Seorang pemilik kedai yang membuat tambahan kepada sebuah unit kedai bagi tujuan perniagaan di Kampung Rimba, Mukim Gadong telah diarahkan untuk merobohkan tambahan itu oleh Autoriti Perancang.

    Menurut kenyataan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Kementerian Pembangunan, hari ini, pemilik kedai tersebut telah melanggar Bab 23(2), Perintah Perancangan Bandar dan Desa, 2015 iaitu membina kemajuan tanpa kebenaran perancangan.

    Tambahan itu melibatkan kawasan garisan bangunan dan menceroboh petak letak kenderaan yang berdekatan yang tidak pernah dipohonkan bagi kebenaran perancangan ke Autoriti Perancang.

    Setelah notis penguatkuasaan dikeluarkan oleh Autoriti Perancang melalui JPBD, pemilik syarikat tersebut telah merobohkan tambahan tanpa kebenaran itu.

    Melalui pemantauan rutin pada Oktober lalu, tidak ada pelanggaran lebih lanjut dan pemilik tanah telah mematuhi kesemua syarat kebenaran perancangan.

    Pemajuan dan perubahan penggunaan tanpa kebenaran perancangan boleh menyebabkan bahaya dan menjejaskan keselamatan orang ramai.

    Sebarang aduan atau khidmat nasihat bolehlah hubungi hotline JPBD di 8200222 atau melalui e-mel, tcp.aduan@tcp.gov.bn.

    Tambahan unit kedai yang tidak mempunyai kebenaran perancangan daripada Autoriti Perancang.
    Tambahan unit kedai yang sudah dirobohkan oleh pemiliknya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...