BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Semua pemegang kad Standard Chartered yang menempah penerbangan dengan Penerbangan Diraja Brunei (RB) bermula kini hingga 31 Januari akan mendapat tambang istimewa ke beberapa destinasi.
Promosi tambang ke London, Melbourne, Singapura, Kuala Lumpur, Jakarta, Denpasar, Bangkok dan Hong Kong ini dibuka untuk semua pemegang kad bagi penerbangan dari 20 Januari hingga 30 September, menurut kenyataan Bank Standard Chartered (SCB).
Dalam tempoh berkenaan, pemenang kad kredit yang membeli sekurang-kurangnya dua tiket pergi balik ke Melbourne atau London akan mendapat potongan harga $200 daripada jumlah bil semasa pembelian, sementara itu, pembelian sekurang-kurangnya dua tiket pergi balik ke destinasi-destinasi lain akan mendapat potongan $20 daripada jumlah bil.
Di samping itu, menurut kenyataan itu lagi, para pemenang kad layak bagi mengikuti cabutan bertuah bagi setiap $100 yang dibelanjakan menggunakan kad kredit mereka bagi membeli tiket di RB semasa tempoh promosi untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti 30,000 Royal Skies Miles.
Pemangku Ketua Produk dan Segmen Runcit, Wong Li Li dipetik sebagai berkata, “Kami menampilkan pelbagai promosi dari semasa ke semasa dan ini sangat baik bagi pelanggan yang suka melancong.
“Tambang istimewa yang ditawarkan dalam tempoh promosi ini setentunya lebih menarik daripada tawarkan yang anda biasa dapati. Kami percaya bahawa pelanggan kami akan melihatnya sebagai cara menarik untuk menjadikan rancangan pelanco-ngan mereka lebih menyeronokkan,” tambah beliau.
Kad-kad kredit SCB diiktiraf di seluruh dunia dengan Visa dan MasterCard dan menerima mata-mata ganjaran dengan setiap dolar yang dibelanjakan, yang boleh ditebus segera bagi lebih 100 baucar ganjaran di eKiosk bank berkenaan.
Program The Good Life menawarkan lebih 3,000 diskaun dan tawaran menarik di seluruh Asia termasuk Singapura, Malaysia dan Hong Kong, menurut kenyataan itu lagi.