Oleh Zanyra Dawoud
BERSESUAIAN dengan kehadiran musim panas, pereka fesyen terkemuka, Carolina Herrera hadir dengan koleksi busana terbaru sempena dengan Minggu Fesyen New York.
Dalam koleksi terbaru ini, Carolina Herrera lebih menumpukan kepada aspek warna di mana beliau telah menekankan kepada pemilihan warna-warna terang seperti kuning, biru, ungu dan merah jambu dalam kebanyakan rekaan yang ditampilkan.
Carolina Hererra percaya bahawa seseorang wanita itu akan tampil lebih glamor, anggun dan elegan dengan menggayakan koleksi busana yang ditampilkan dengan warna terang.
Pelbagai rekaan yang dihasilkan dalam koleksi ini seperti gaun yang dizahirkan dengan motif yang berjalur dengan gabungan warna terang seperti jingga, biru, kuning dan putih.
Lebih menarik lagi apabila terdapat juga padanan gaun dua corak iaitu berwarna biru polos dan bermotif bunga yang digabungkan menjadi satu busana yang sangat elegan.
Bagi yang ingin tampil dengan gaya glamor pula, Carolina Hererra juga turut mengeluarkan gaun kuning dengan corak berjalur yang dihasilkan dengan fabrik sequin berwarna kuning cerah,
Terdapat juga rekaan trendy di mana gaun yang dilengkapi dengan lengan labuh setentunya sesuai menjadi pilihan kepada wanita moden yang ingin tampil dengan gaya elegan.