Thursday, April 24, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tampil dengan wajah cukup dramatik

    BINTANG Hollywood, Nicole Kidman membuat perubahan dramatik untuk watak detektif polis yang lesu dan memiliki sejarah pahit dalam drama terbaharu berjudul ‘Destroyer’.

    Pemenang Anugerah Oscar itu menukar gaya rambut kerinting perang miliknya kepada potongan pendek dan ranggi bagi membawa watak Erin Bell, seorang detektif yang dihantui masa silam selepas menceroboh dan menyamar sebagai anggota kumpulan penjenayah.

    “Saya dapat menyelami kesakitan dan kesedihan yang ditanggung watak ini,” kata Kidman di Festival Filem BFI London.

    “Saya merasakan seolah-olah ada kesakitan, kesukaran dalam perasaan marah yang dipendam dan tidak pernah dirasakan selama ini, khususnya dalam watak wanita,” katanya.

    Perubahan gaya bukan asing buat aktres berusia 51 tahun itu misalnya sewaktu melakonkan watak Virginia Woolf dalam ‘The Hours’ yang membawanya meraih anugerah Oscar.

    Kidman juga meraih pujian pengkritik menerusi lakonan dalam ‘Destroyer’ yang menyifatkan beliau sebagai ‘hampir tidak dikenali’.

    “Penampilan dan tingkah laku saya dalam filem itu adalah hasil daripada trauma yang menghantui watak berkenaan. Itulah keindahan filem, anda menggunakan imej dan tidak perlu selalu bergantung kepada perkataan,” katanya.

    Pengarah, Karyn Kusama menggambarkan watak Bell sebagai seorang manusia yang amat rumit, berdepan dengan penyesalan, rasa bersalah dan malu. Sekumpulan pendandan rambut dan jurusolek bekerjasama rapat bagi mengubah penampilan Kidman.

    “Kita memerlukan seseorang dengan wajah yang penuh kesan selaran matahari, kurang tidur, meminum terlalu banyak alkohol, tidak menjaga makan dan kami berjaya menghasilkan versi paling ekstrem untuk semua kriteria itu,” kata Kusama. – Agensi

    Nicole Kidman tampil dengan imej baharu yang cukup dramatik bagi menjayakan watak seorang detektif dalam drama Destroyer. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda