Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tampil eksklusif dan elegan bersama Fendi

    Oleh Zanyra Dawoud

     

    MEWAH, eksklusif dan elegan adalah antara perkataan yang cukup sesuai untuk menggambarkan koleksi fesyen terbaru yang berkonsep couture dari Fendi.

    Rekaan-rekaan yang dihasilkan pada busana yang ditampilkan dijahit dalam keadaan yang cukup teliti dengan penggunaan fabrik yang bermutu tinggi seperti feather, chiffon, linen dan juga sutera.

    Penggunaan material fabrik feather atau bulu yang digunakan dalam menzahirkan rekaan busana yang menampilkan gaya kot dan cape jelas kelihatan cukup ekslusif.

    Tambahan lagi apabila pilihan warna menonjol seperti merah, ungu dan coklat digunakan yang secara tidak langsung turut menonjolkan kuasa emansipasi seseorang wanita.

    Manakala motif bentuk bunga juga digunakan bagi dicantumkan bersama sekaligus menghiasi rekaan sepasang busana yang menggunakan kain yang polos dan tidak bercorak.

    Terdapat juga beberapa rekaan yang menggunakan fabrik yang terdiri daripada kain yang bercorak bagi mempelbagaikan lagi gaya yang ditampilkan sehingga ada yang turut memuatkan konsep floral.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda