Tampil elegan

SALAH satu trend warna tahun ini ialah ‘duksy blue’ atau biru kelam. Warna gelap biru adalah sesuai bagi cuaca sejuk seperti musim luruh dan sejuk.

Ia adalah mudah untuk mewujudkan dekorasi bilik yang cantik dengan rekaan hiasan dalaman yang mewah yang sama dengan skema warna ini. Warna formal adalah pilihan baik digunakan pada bahan-bahan upholsteri seperti sofa baldu.

Biru kelam satu gabungan daripada warna biru dan kelabu adalah pilihan tepat untuk mengecat dinding untuk hiasan dalaman rumah.

Di samping itu, warna gelapnya boleh mewujudkan dekorasi yang indah jika anda menggabungkannya dengan warna siling putih. Dengan itu, anda boleh melengkapkan rekaan bilik dengan perabot bertona neutral seperti kelabu dan kuning air.

pgm17_170114_a

pgm17_170114_f

pgm17_170114_b

Penggunaan biru kelam ini selalunya tidak digunakan pada keseluruhan ruang. Jika digunakan untuk keseluruhan ruang, ia hanya menghasilkan suasana yang kelam dan suram. Jadi untuk mengatasinya penggunaan biru kelam sering digabungkan dengan warna putih.

Kehadiran warna putih dalam dekorasi biru kelam dilihat saling melengkapi dan bagaikan satu padanan yang ideal yang boleh menghasilkan sentuhan dekorasi yang memukau.

pgm17_170114_c

pgm17_170114_d

pgm17_170114_e

Biru boleh dianggap satu warna yang neutral, kerana anda boleh mewujudkan keseluruhan dekorasi ruang dengan tona yang sama, contohnya seperti rekaan dalaman ruang mewah di bilik tidur digabungkan dengan perabot moden yang memiliki butiran klasik.

Manakala bayangan warna biru digunakan untuk menghasilkan ekspresi lebih harmoni di samping gabungan pelbagai jenis rekaan hiasan dalaman.

Salah satu bahagian terbaik dalam menghias dengan tona biru ini, terutamanya dengan tona gelap seperti biru laut adalah anda boleh gabungkannya dengan warna terang lain namun tetap akan menghasilkan rekaan mewah lagi elegan.